Pemain Kelahiran Johor Bahru Teruja Apabila Dipanggil Buat Kali Ketiga

Pemain muda Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Daryl Sham KK George mempunyai misi tersendiri untuk memikat hati pengendali skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23), Brad Maloney apabila menjalani pusat persiapan temasya Sukan Sea Vietnam Mei ini.

Pemain kelahiran Johor Bahru itu teruja apabila dipanggil buat kali ketiga untuk menjalani latihan dan memasang keazaman tidak pulang awal sebaliknya mahu kekal menyertai skuad B- 23 kebangsaan ke temasya dwi tahunan itu.

Melalui portal Harian Metro, “Sudah tiga kali saya dipanggil untuk menyertai latihan bersama skuad bawah 23 tahun dan semestinya enggan melepaskan peluang terbaik itu. Malah saya belum pernah tersenarai bersama pasukan remaja negara.

“Saya akan beri yang terbaik ketika latihan nanti dan matlamat utama untuk berada dalam pasukan itu kerana impian saya mewakili negara walaupun pernah beraksi bersama skuad bawah 19 tahun tapi tidak sama apabila menjalani latihan .

“Latihan akan bermula esok dan apa yang perlu saya lakukan pasti akan membuat yang terbaik seperti mana latihan bersama JDT II kerana pengalaman beberapa pemain seperti Adam (Nor Azlin), Feroz (Baharuddin) dan Fernando (Rodriguez) banyak membantu saya bermain lebih matang,” katanya.

Bagaimanapun, Daryl Sham mengakui cabaran untuk menempatkan diri beraksi di posisi tengah tampak sengit tatkala perlu bersaing dengan dua pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal dan Alif Haiqal selai, pemain Terengganu FC, Nik Akir Syahiran.

Pemain berusia 20 tahun itu kerap menjadi pilihan pengendali JDT II, Mariano Echeverría untuk berada di dalam kesebelasan utama pada empat aksi liga selain turut beraksi Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menentang kelab BRM FC pada saingan Piala FA.

Selain Daryl Sham tiga lagi pemain JDT II yang dipanggil menjalani latihan skuad B-23 adalah Umar Hakeem Suhar Rezwan, Asyar Hadi Mohd Shapri dan Shafi Azswad.

Sementara itu Echeverria berharap keempat-empat pemainnya mampu memikat Maloney dan tersenarai bersama skuad B-23 kerana peluang yang hadir untuk mewakili negara tidak boleh dilepaskan. Sumber : Harian Metro

Fakta JDT

Lapan tahun berturut-turut bersaing dalam pertandingan AFC. Empat tahun dalam Piala AFC (2015-2018) dan empat tahun dalam Liga Juara-Juara AFC (2019-2022).

📽 Dengarkan komen ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney selepas beliau mengumumkan senarai nama 31 pemain ke kem latihan pusat bermula Selasa ini, 19 April 2022 bagi persiapan menghadapi Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos bagi saingan acara bola sepak yang akan berlangsung dari 6 hingga 22 Mei 2022.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?