Pemain JDT Berlepas Pulang Ke Tanah Air

Kelab JDT bertolak pulang ke tanah air setelah menamatkan perlawanan persahabatan pra musim menentang kelab2 handalan UAE. Semoga pengalaman2 berguna dimanfaatkan sepenuhnya para pemain kita dalam persiapan menghadapi Liga Malaysia & Liga Juara Juara Asia yang akan membuka tirai bulan depan

Perasmian jersi JDT

Musim baru pastinya jersi baru. Pastinya penyokong tidak sabar untuk melihat dan memiliki jersi JDT 2020 Legacy Lit” 2020 untuk dipakai kemana sahaja. Perasmian jersi baru akan diadakan dalam satu majlis yang meriah

Ayuh dapatkan dua keping Pas Masuk Istimewa Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim dengan menjadi yang terawal membeli jersi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT pada 1 Februari 2020 di Dataran Bandaraya Johor Bahru serta daerah-daerah negeri Johor.

Beli Original Jersi JDT dan Percuma Pas Masuk Ke Perasmian Stadium Sultan Ibrahim Larkin .

  1. Johor Bahru – Dataran Bandaraya Johor Bahru
  2. Tangkak – Dataran Ledang, Tangkak
  3. Kluang – Dataran Tasik, Kluang
  4. Kulai – AEON Kulai
  5. Pontian – Dataran Pontian
  6. Mersing – Amphitheater Mersing
  7. Segamat – Dataran Segamat
  8. Batu Pahat – Batu Pahat Mall
  9. Muar – Stadium Sultan Ibrahim, Muar
  10. Kota Tinggi – Astaka Budaya

Mari beramai-ramai memeriahkan Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT sekaligus berpeluang untuk hadir menyaksikan Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim yang bakal menjadi sebahagian dari lipatan sejarah JDT. Luaskan Kuasamu Johor. Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?