Pemain Berdarah Campuran Malaysia-Belgium, Menjadi Pemain Ke-26

Pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools secara rasmi menjadi pemain ke-26 #HarimauMalaya! 🐅🔥

Seorang pemain right back bersama kelab FC Midtjylland yang juga mempunyai kebolehan bermain di posisi centre back. Selamat datang ke keluarga Harimau Malaya, Dion! Semoga pengalaman dia di Eropah dapat membantu skuad kebangsaan kita menjelang aksi #WCQ & #AsianQualifiers tak lama lagi. 💪🏻 #KamiTeamMalaysia #KembaliTeguh #KitaJagaKita #DigitalMalaysia #JENDELA

Dion Cools Sah Sebagai Pemain Ke-26 Skuad Harimau Malaya

Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah bersama pasukan di Dubai, UAE, hari ini dan secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.

Ini berikutan selepas segala proses dokumentasi di peringkat FIFA dan AFC, terutamanya berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai.

Dengan kehadiran beliau, ia akan dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.

Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan. Amin.

Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

FAM #HarimauMalaya

Photo by Vocket FC

Junjung kasih juga kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana baginda telah memainkan peranan cukup penting dalam meyakinkan Dion Cools untuk memilih Malaysia sebagai pasukan negara yang ingin diwakilinya di peringkat senior.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Komen Anda?