Pelancaran Johor Selamat Oleh YAB Menteri Besar Johor

Program Perasmian Johor Selamat yang diadakan pada 13 Ogos 2022 bertempat di Angsana Johor Bahru Mall, Johor yang telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Onn Hafiz bin Ghazali, Menteri Besar Johor.

Pameran berkaitan keselamatan juga diadakan di setiap booth yang disertai pelbagai agensi kerajaan bagi memberi pengetahuan berkaitan keselamatan kepada orang awam dan secara tak langsung memperkenalkan agensi masing-masing terhadap tugas-tugas yang mereka jalankan.

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor

Syukur Alhamdulillah, program ‘Johor Selamat’ telah dilancarkan bagi memantapkan lagi aspek keselamatan negeri ini, sekali gus mendukung hasratnya untuk mencapai status maju menjelang 2030.

Sukacita saya melaporkan bahawa kes jenayah sebanyak 5.51% yang direkodkan bagi Januari – Julai tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2021. Syabas Polis Johor di atas kejayaan ini!

Bagi menjayakan agenda “Johor Selamat”
perolehan skuter elektrik dan van balai polis bergerak serta pondok polis yang telah dinaik taraf, kesemua ini akan membantu polis untuk terus berusaha mengekalkan keamanan di Johor. Pihak PDRM juga akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, agensi-agensi beruniform lain dan NGO2 untuk meningkatkan keselamatan negeri.

Selain agensi keselamatan, empat pihak berkuasa tempatan (PBT) turut berperanan besar dalam membantu menjaga keselamatan awam untuk Greater Johor Bahru. Ini termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang & Majlis Perbandaran Kulai.

Di bawah Smart City Inisitiative (Inisiatif Bandar Pintar), setiap CCTV yang dipasang di dalam kawasan Greater Johor Bahru sedang dan akan disambung ke sebuah Command Center yang akan memantau seluru bandar Johor Baharu termasuk kawasan-kawasan tumpuan (hotspots).

Command Center ini pula disambung kepada talian polis dalam usaha mengurangkan lagi kes jenayah, serta mengunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk melakukan proses cam muka (face recognition) serta cam kenderaan (car recognition) bagi memudahkan kerja siasatan aduan.

Tahap keselamatan yang tinggi akan menyediakan keadaan yang kondusif kepada para pelabur, manakala pelancong pula akan dapat berlibur dengan tenang. Kesemua ini akan menjurus kepada peningkatan kewangan negeri untuk jangka masa panjang, yang akhirnya akan dimanfaatkan sendiri oleh Bangsa Johor.

InsyaAllah usaha ini akan diperluaskan kepada setiap pelusuk negeri Johor.

Turut hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor; Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat; Pegawai Daerah Johor Bahru, YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, YB Dato’ Asman Shah Abd. Rahman; Datuk Bandar MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, Tuan Haji Natazha Hariss; Panglima 7 Briged, Brig Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad; Pemangku Pengarah Bomba Johor, En. Mohd Rizal Buang; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Johor, Kolonel Kamal Mokhtar; Pengarah RELA Negeri Johor, Tuan Haji Md Shah Rizal Zainal; Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan; Adun-adun serta Ketua-ketua masyarakat.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

Terima kasih kepada pasukan keselamatan barisan hadapan yang sentiasa menjaga keamanan dan keselamatan negara setiap masa.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?