fbpx

Pelakon Dan Selebriti Mustapha Kamal (Abe Mus) Telah Dimasukkan Ke Hospital

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan MB Kelantan menziarahi Saudara Mustapha Kamal atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mus. Beliau merupakan pelakon dan selebriti kelahiran Negeri Kelantan. Beliau pulang ke Kelantan sempena Hari Raya Aidil fitri dan kini sedang berehat di Wad Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), Kota Bharu. Turut berziarah bersama MB Kelantan ialah YB Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi Ahli Parlimen Tumpat.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar pulih seperti biasa. Insya Allah.

نسـأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفيه

Amin ya rabbal alamin

Sumber : Dato’ Ahmad Yakob

Mustapha Kamal masuk hospital 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Mustapha Kamal dan isteri, Susan Manen telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu kerana demam teruk sejak Syawal ketiga iaitu pada Jumaat lepas.

Keadaan Mustapha, 57, diberitahu oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di laman sosialnya sebentar tadi.

“Mustapha atau lebih dikenali sebagai Abe Mus yang merupakan selebriti kelahiran Kelantan telah dimasukkan ke HRPZ sewaktu pulang ke kampung untuk berhari raya minggu lalu.

“Dia kini sedang berehat, marilah sama-sama mendoakan agar kesihatannya semakin pulih,” tulis kemas kini pada status berkenaan.

Selain Menteri Besar Kelantan, keadaan kesihatan pelakon Cikgu Romantik itu turut disahkan oleh rakan baiknya, Sabri Yunus menerusi mesej Whatsapp pada Ahad lalu. 

Menurut Sabri, Mustapha dan isteri ditahan di wad kecemasan HRPZ kerana mengalami simptom muntah dan pening namun negatif demam denggi. – K! ONLINE

Komen Anda?