fbpx

Pegawai Dan Anggota Trafik IPD Batu Pahat Membuat Lawatan Kebajikan

PEGAWAI DAN ANGGOTA TRAFIK IPD BATU PAHAT MEMBUAT LAWATAN KEBAJIKAN.

Batu Pahat , 1 Feb 2020- Pegawai dan anggota BSPTD IPD BATU PAHAT yang terlibat membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di KM 7 Jln Tongkang Pechah yang terperangkap semalam telah hadir di rumah keluarga mangsa di No 10 Kampung Dalam Parit Sulong. Pegawai dan anggota mewakili Ketua Polis Daerah Batu Pahat telah menyampaikan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang kehilangan anak bongsunya itu.

Lawatan bertujuan menzahirkan rasa simpati dari PDRM terhadap keluarga yang kehilangan seorang anak.

Ahli keluarga mangsa amat mengalu alukan kehadiran pasukan penyelamat dirumahnya dan merasa terharu atas keperihatinan Pegawai dan anggota IPD Batu Pahat.

Insp Hasbullah mewakili Ketua Polis Daerah Batu Pahat turut menyampaikan sumbangan kepada bapa mangsa.

Sumber : Polis Daerah Batu Pahat

Pujian harus diberikan kepada anggota trafik ini kerana mampu melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan dan kemanusiaan sebaik mungkin. Beginilah keadaan yang merealisasikan slogan kita “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Tahniah Anggota Polis Trafik Bantu Mangsa Kemalangan

Posted by Satu Johor on Jumaat, 31 Januari 2020

Komen Anda?
Related Post
Tahniah Anggota Polis Trafik Bantu Mangsa Kemalangan

Polis dan masyarakat berpisah tiada.. بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم ْ ,Bangga melihat anggota polis trafik Read more

Nilai Kasih Sayang, Anggota Trafik Hulur Bantuan Hantar Ibu Dan Bayi Pulang

Nilai kasih sayang.. Sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam yang sedang dalam Read more

Polis Meminta Orang Ramai Bantu Mengesan Dua Individu

[HEBAHAN] KES PENIPUAN MINTA DERMA UNTUK ANAK SAKIT, SUSPEK MENYAMAR ‘ENCIK SAIFUDIN’ DIBURU Orang ramai Read more

Seramai Sembilan Pasangan Pengantin Polis Diraikan Pada Majlis Walimatul Urus PDRM Di Pulapol

Kalau jodoh tak ke mana... Meriahnya acara perkahwinan beramai-ramai WALIMATUL URUS PDRM SATUKAN SEMBILAN PASANGAN Read more