Pegawai Bomba Ziarah Ke Rumah Dan Perkuburan Allahyarham Muhammad Adib

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

ZIARAH UKHWAH HARI RAYA PEGAWAI BOMBA JALAN RAJA KE RUMAH ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB

TARIKH : 6 JUN 2019 / 2 SYAWAL 1440H

TEMPAT : KAMPUNG TEBENGAU, KEDAH

Sambutan hari raya tanpa kehadiran anak tercinta pasti sangat dirasai oleh keluarga anggota bomba, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun ini.

Oleh itu kesempatan ini, Pasukan B, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja (BBP JRJ) telah menziarahi keluarga Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24, di kediaman mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah sekali gus menggembirakan hati keluarga Allahyarham.

Ziarah ukhwah ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim pegawai bomba bersama keluarga Allahyarham melalui ziarah mesra sebegini.

Pasukan B, BBP JRJ juga meluangkan masa menziarah kubur PBK II Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Diharapkan ziarah ukhwah seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

CC: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia), Bomba Bahagian Korporat, BBP JBPM KEDAH, Bbp Jln Raja

Sumber : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah

Komen Anda?