PDRM Bantu Adik Nor Faizal Yang Menjadi Mangsa Kecurian

“Slogan `Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ perlu terus diadaptasikan untuk kita memperkukuhkan hubungan dengan semua lapisan masyarakat. Masyarakat perlu sedar bahawa mereka juga berperanan penting untuk turut sama membantu membendung jenayah.

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal meluangkan masa mengunjungi Adik Muhammad Nor Faizal bin Nordin yang menjadi mangsa kecurian di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya.

Photo by FB Polis Daerah Petaling Jaya

“One Good Deed A Day..”

PETALING JAYA, 29 Disember 2020 (Selasa) – YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal meluangkan masa mengunjungi Adik Muhammad Nor Faizal bin Nordin yang menjadi mangsa kecurian di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya.

Photo by FB Polis Daerah Petaling Jaya

Adik Muhammad Nor Faizal yang berumur 14 tahun, berkerja sambilan menjual burger sewaktu cuti sekolah, telah menjadi mangsa kecurian. Kejadian berlaku pada pukul 1 pagi, ketika adik Faisal meninggalkan gerainya untuk ke tandas. Antara barang yang dicuri adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.

Atas dasar prihatin, IPD Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit bagi memberi semangat kepada remaja yang berumur 14 tahun ini agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.

Photo by FB Polis Daerah Petaling Jaya

“It takes so little to do just that, and yet few people utilize this world-changing ability. Just one good deed a day”

Sumber : Polis Daerah Petaling Jaya

Polis dan masyarakat berpisah tiada 👍👍👍

Komen Anda?