Pasukan Polis Marin Muar Tekad Basmi Amalan Destruktif

MARIN MUAR TEKAD BASMI AMALAN DESTRUKTIF

Muar, 12 Jun 2019 ( Rabu ) – Sejumlah 8 unit Bubu Udang berjaya dirampas oleh PPM W2 di Muar. Bubu Udang tersebut dikesan semasa botronda PPM W2 menjalankan tugas Op Gelora di kawasan laut Parit Bulat, Muar. Bubu tersebut yang mengakibatkan kemusnahan ekosistem maritim dengan memerangkap semua jenis anak² ikan dan hidupan lain. Kesan jangka panjang akan mengakibatkan tumbesaran ekosistem maritim tergugat dan terganggu.

ACP Paul Khiu Khon Chiang, Komander PPM W2 menyeru para nelayan supaya lebih beretika dan mempunyai kesedaran terhadap ekosistem maritim yang menjadi punca pendapatan mereka. Hasil maritim yang semakin berkurangan dilihat akan juga memberikan kesan kepada ekonomi maritim.

PPM W2 berharap masyarakat maritim dapat meningkatkan kesedaran bersama dengan menyalurkan maklumat² berkaitan jenayah maritim, pelanggaran undang² dan peraturan serta sebarang jenis maklumat kpd PPM W2 ditalian 07-2372221 / 2372222.

Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah Dua