Pasukan Perubatan JDT Beri Bantuan Awal

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengikat Terengganu FC (TFC) dengan keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan JDT tersenyum membawa pulang bekalan satu gol berharga di tempat lawan.

Namun yang menjadi perhatian dan perbualan ialah dalam permainan malam tadi adalah sikap dan kerjasama pasukan pegawai perubatan JDT. Pada minit ke-76 permainan, kapten Terengganu FC, Carli De Murga telah mengalami kecederaan yang serius.

Tabik hormat kepada barisan pegawai perubatan JDT yang pantas berlari ke arah pemain TFC yang mengalami kecederaan.

Semangat kesukanan yang ditonjolkan pegawai JDT itu sekaligus mendapat pujian ramai.

Pasukan medic JDT sangat cepat bertindak. Mungkin ini adalah SOP tindak balas dalam pasukan jika ada pemain yang cedera, pasukan perubatan sentiasa 100% bersedia untuk bertindak. Ia juga menunjukan yang pasukan perubatan sentiasa mengawasi pemain diatas padang.

Tahniah Pasukan Perubatan JDT…

Komen Anda?