Pasukan Negara Tumpas Menentang Vietnam

Harapan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara untuk melangkah ke final Sukan Sea edisi ke-31 musnah selepas tewas 0-1 di tangan Vietnam pada aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, di Hanoi, malam ini.

Walaupun gagal ke final, pujian harus diberikan kepada skuad kendalian Brad Maloney yang bertahan cukup ampuh sehingga kedudukan terikat 0-0 di minit ke-111 masa tambahan sebelum tandukan penyerang tuan rumah, Linh Nguyen Tien menjadi pemisah.

Ia menyaksikan skuad negara gagal menamatkan kemarau pingat emas yang kali terakhir dimenangi 11 tahun lalu di Sukan Sea 2011 di Jakarta, Indonesia.

Keputusan Semasa Perlawanan Vietnam lwn Malaysia !!

Skuad B-23 negara yang mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B manakala Vietnam mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

Skuad Naga Emas muda itu yang turut dibarisi para pemain berkualiti beraksi dengan penuh semangat bagi meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

Permulaan, Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara lebih banyak bertahan ketika ini. Pemain-pemain Vietnam kerap membuat hantaran silang untuk mencari penyerang mereka di kotak kita.

Pasukan tuan rumah hampir menjaringkan gol pada minit ke-26. Nguyen Tien Linh berjaya melepasi Azri tapi gagal menyudahkan peluang dengan baik.

Satu sepakan sudut yang rendah daripada Nik Akif ke near post, tapi Zikri tidak dapat menyambut bola dengan sempurna pada minit ke-38

Terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Vietnam banyak membuat hantaran dekat untuk mengatur serangan ke arah gawang #HarimauMalaya. Kita bertahan dengan penuh disiplin.

Minit ke-75 Sepakan sudut daripada Mukhairi di far post mencari Hadi, namun Hadi tak berjaya menanduk bola tersebut.

Tambahan masa 4 minit diberikan oleh pegawai perlawanan.

Vietnam hampir menjaringkan gol namun rembatan Bui Hoang sedikit saja tersasar. Situasi yang cukup bahaya di gawang kita minit ke-97

110′ Nguyen Tien Linh menjaringkan gol pertama tuan rumah selepas berjaya membuat tandukan daripada sepakan percuma. 1-0.

Peluang kita tadi melalui Syafik yang membuat larian dan hantaran lintang tapi tidak tepat ke pemain-pemain kita pada kinit ke-119.

Skuad Negara tumpas kepada tuan rumah, #VIE 🇻🇳 selepas penyerang senior, Nguyen Tien Linh menjaringkan gol melalui tandukan. Disiplin bertahan yang baik daripada skuad muda negara. Kita kembali lebih kuat nanti!

Malaysia akan bertemu Indonesia bagi penentuan pingat gangsa, Ahad ini (22 Mei 2022)

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?