Pasukan JDT Selamat Tiba Di TH Hotel Kuala Terengganu

PEMAIN JDT SELAMAT TIBA DI TH Hotel KUALA TERENGGANU UNTUK SAINGAN unifi LIGA SUPER MALAYSIA | 14 FEBRUARI 2019

unifi LIGA SUPER MALAYSIA 2019 | TERENGGANU FC VS JOHOR DARUL TA’ZIM

Perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2019 antara Terengganu FC menentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung Jumaat ini, 15 Februari 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu jam 9.00 malam.

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : Official TH Hotel & Convention Centre Terengganu

JDT bertandang ke Kuala Terengganu, TFC enggan terus kecewa

KUNJUNGAN Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Kuala Terengganu bagi perlawanan ketiga Unifi Liga Super pada Jumaat bakal menjanjikan satu lagi aksi menarik dalam saingan minggu ini.

Melihat kepada dua keputusan awal liga, ia bukan masa yang sesuai untuk tuan rumah TFC yang dibimbing Irfan Bakti melayan kedatangan JDT memandangkan mereka bergelut dengan prestasi apabila hanya seri 1-1 dengan PKNS FC sebelum tumpas kepada Pahang 3-0.

Berbeza dengan anak buah Benjamin Mora yang tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan momentum apabila mengalahkan Kuala Lumpur 4-1 minggu lalu selepas merangkul gelaran pertama dengan menewaskan Perak 1-0 pada aksi Sumbangsih.

Namun bagi pertahanan kanan JDT, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, mereka tidak boleh terlalu cepat mendabik dada kerana misi pasukan untuk mempertahankan kejuaraan Unifi Liga Super masih panjang.

“Syukur alhamdulillah, kami berjaya meraih kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini tapi bertemu Terengganu (TFC) bukan mudah kerana mereka pasti lebih bersedia untuk mendapatkan kemenangan pertama musim ini.

“Kami perlu berusaha lebih keras, kerana Terengganu memiliki pemain yang bagus dan kelebihan beraksi di tempat sendiri. Bagi pemain JDT, tiada istilah ambil mudah dan harus berusaha keras seperti yang selalu diingatkan oleh ‘bos’ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim),” katanya.

Sementara itu, bagi penyerang TFC, Abdul Malik Mat Ariff, mereka perlu memperbaiki kelemahan dan memberikan aksi lebih baik jika mahu mengekang skuad Harimau Selatan membawa pulang tiga mata.

“Kami akan berdepan pasukan juara bertahan, ia satu lagi ujian besar buat kami. Tapi saya percaya kami boleh bermain lebih baik berbanding sebelum ini. Apa yang penting kami perlu memanfaatkan setiap peluang yang dicipta,” katanya.

Malik meledak satu gol ketika seri dengan PKNS FC dan mengakui kehadirannya dalam pasukan lebih berkesan sebagai pemain gantian.

“Menentang PKNS, saya dimasukkan sebagai pemain gantian dan berjaya menjaringkan gol tapi menentang Pahang saya beraksi dalam kesebelasan utama tapi tak menjaringkan gol, saya rasa prestasi lebih baik sebagai pemain gantian,” katanya yang berusia 28 tahun itu.

Sumber : Mstar

TH Hotel & Convention Centre Terengganu

Jangan ketinggalan untuk mencuba kesemua hidangan dengan tawaran menarik! Hanya pada bulan Februari sahaja!

Hubungi kami di talian 09-668 6666 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Komen Anda?