Pasukan Hoki Lelaki Dalam Dewan, Berjaya Menjuarai Kejohanan

Sejarah baru tercipta! 🏆 Skuad hoki dalam dewan lelaki berjaya menewaskan Iran 🇮🇷 3-2 di penentuan shoot-out selepas terikat 4-4 untuk dinobatkan sebagai juara #IndoorAsiaCup2022! 👏🏻

Malaysia juara baru selepas didominasi Iran sejak edisi pertama pada 2008.

Men’s Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand

FINAL – 15 August 2022

FULL TIME

Iran 4-4 Malaysia

SHOOT-OUT

Iran 2-3 Malaysia

**Congratulations to MALAYSIA for becoming the champions of the latest installment of Men’s Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand

Pasukan Hoki Lelaki Dalam Dewan Malaysia, berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia 2022 yang baru sahaja selesai sebentar tadi.

Malaysia berjaya menumpaskan Iran dengan jaringan 3-2 ‘penalty shoot-out’ selepas seri 4-4 masa penuh.

Manakala Pasukan Hoki Wanita Dalam Dewan Malaysia pula berjaya menewaskan Kazakhstan untuk meraih tempat ketiga bagi edisi kali ini dengan jaringan 2-0.

Tahniah semua, tahniah Malaysia. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.
Sumber 📸 : Asian Hockey Federation

Penantian lapan tahun Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki negara untuk beraksi di final berakhir apabila Malaysia kembali ke pentas akhir Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 dan akhirnya menjuarai edisi kali ini.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas akhir Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia adalah pada tahun 2014, Changhua, Taiwan, dan Malaysia tewas 1-5 kepada Iran pada pertemuan tersebut.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?