Pasukan Hoki Ais Johor Darul Ta’zim (JDT) Akan Ditubuhkan

JDT tubuh skuad hoki ais

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam proses meluaskan kuasa sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam tempoh sebulan lagi.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers hari ini.

“Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang,” menurut hantaran itu.

Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri di sini.

“Jenama JDT sudah pun ada pada pasukan tinju JDT dengan juara pelbagai anugerah Asia Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut hantaran itu.

Sumber : Harian Metro

Photo by JOHOR Southern Tigers

PASUKAN HOKI AIS JDT — AKAN DATANG

Pasukan Hoki Ais Johor Darul Ta’zim (JDT) akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang.

Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan dengan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri.

Jenama JDT sudah pun ada pada Pasukan Boxing JDT, dengan juara pelbagai anugerah Asia Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

Luaskan Kuasamu Johor
Komen Anda?