Kini Pasukan Berbasikal Johor Berwajah Baharu

MAJLIS PERLANCARAN JERSI PASUKAN BERBASIKAL NEGERI JOHOR

05.09.2019 Stadium Educity Iskandar Puteri

Majlis di sempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Amran A.Rahman Datuk Bandar Johor Bahru Merangkap Presiden Persatuan Berbasikan Negeri Johor turut serta Encik Gadaffie Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor dan Yang Berbahagia Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad dari Iskandar Investment

Perlancaran jersi bahru berkenaan merupakan simbolik kepada kerjasama yang akan dijalinkan IIB dengan pihak Majlis Sukan Negeri Johor dalam usaha menaikkan profil sukan berbasikal dan memperkasa usaha mencungkil bakat-bakat baharu berbasikal di Negeri Johor

Sumber : Majlis Sukan Negeri Johor

Pasukan Berbasikal Johor berwajah baharu

KUALA LUMPUR – Pasukan berbasikal negeri Johor kini dikenali sebagai Pasukan Berbasikal Iskandar Johor selepas menerima sokongan dan tajaan dari syarikat pemaju, Iskandar Investment Berhad (IBB) selaku penaja utama. 

Pengumuman itu dibuat pada majlis pelancaran jersi pasukan tersebut pada Khamis lalu.

Pelancaran jersi baru itu adalah hasil usaha sama secara simbolik antara IIB dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bagi meningkatkan profil sukan berbasikal serta bakat baharu di negeri Johor.

“Pelancaran hari ini menandakan usaha sama penting antara IIB dan MSNJ bagi memastikan Johor terus kekal sebagai penyokong sukan berbasikal peringkat kebangsaan yang menyumbang kepada pembangunan kumpulan bakat kebangsaan yang lebih besar. 

“IIB akan terus menyokong Pasukan Berbasikal Iskandar Johor sebagai inisiatif IIB untuk agenda pembangunan komuniti, terutamanya dalam bidang sukan.

“Selaras dengan proses transformasi pasukan ke arah yang lebih profesional, MSNJ juga bersetuju untuk menggunakan nama Pasukan Cycling Iskandar Johor pada masa depan untuk kejohanan tempatan dan antarabangsa termasuk bentuk sokongan lain dari IIB yang sedang dibincangkan,” ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Mohd. Gadaffie Mohd. Aziz. – Bernama

Sumber : Kosmo Online

Facebook Comments