MKN benarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria beroperasi mulai 15 Jun – @ IsmailSabri60
Peniaga, pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera – @ IsmailSabri60
MKN benarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria beroperasi mulai 15 Jun – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/CQxHm1omwk
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 6, 2020
Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mesyuarat khas menteri-menteri bersetuju untuk membenarkan pengusaha pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria membuka semula operasi perniagaan mereka pada 15 Jun dengan SOP-SOP yang ketat.
Antara SOP yang dipersetujui adalah jarak sosial antara gerai dan gerai iaitu antara 1.5 meter hingga 2 meter. dan lokasi terbuka serta berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk.
Pasar terbuka, pagi, malam dan bazaria dibenar beroperasi
PASAR terbuka, pagi, malam dan Bazaria di seluruh negara akan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, waktu operasi yang dibenarkan bagi pasar pagi dan terbuka adalah dari 6 hingga 11 pagi; manakala pasar malam dari 4 petang hingga 10 malam.
Sementara, Bazaria dibenarkan beroperasi dari 5 petang hingga 11 malam.
“Antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipersetujui adalah penjarakan sosial yang mana jarak antara gerai ke gerai adalah antara 1.5 hingga 2 meter.
“Laluan masuk dan keluar hanya satu jalan, maknanya hanya laluan sehala. Suhu akan diambil dan perlu menggunakan pensanitasi tangan selain digalakkan memakai pelitup muka.
“Bagaimanapun, peniaga tidak boleh sediakan meja dan pelanggan hanya boleh membawa pulang makanan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
- Pertama Di Tenggara
- KDYMM Yang di-Pertuan Agong Berkenan Berjalan Kaki Meredah Banjir
- Kurniaan Komputer Riba Oleh DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Anak-Anak Muar
- Kurniaan Komputer Riba Oleh DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Anak-Anak Muar
- Ebit Lew Terharu Layanan YDPA Buat Beliau
- TMJ Berangkat Melawat Mangsa Bencana Banjir Di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
- Pencarian Sukarelawan Bagi Misi Bantuan Pasca Banjir
- Menjelang Latihan Pertama, TMJ Mengadakan Jamuan Makan Malam BBQ