Tempohari Aksi Liga Super antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan antara perlawanan yang paling dinantikan bukan sahaja penyokong kedua-dua pasukan tetapi seluruh peminat bola sepak tanah air memandangkan masing-masing memegang rekod tanpa kalah musim ini.
Dalam perlawanan itu Fernando Forestieri menjaringkan gol jarak jauh gemilang pada minit terakhir waktu kecederaan untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kemenangan itu turut memastikan JDT kembali memintas skuad Jang berkenaan di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata, satu mata mengatasi pencabar terdekat itu biarpun Harimau Selatan memegang kelebihan dua perlawanan dalam tangan.
Pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha bergambar bersama Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS, YTM Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Timbalan Presiden PBNS, YB Dato' Dr. Razali bin Ab.Malik. pic.twitter.com/QqfIyjf8Hr
— Negeri Sembilan FA (@PBNS1923) May 14, 2022
Di petik dari laman Facebook Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan PBNS, Pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha bergambar bersama Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS, YTM Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Timbalan Presiden PBNS, YB Dato’ Dr. Razali bin Ab.Malik.
Ketika berusia 17 tahun, Zafuan dan Zaquan mewakili pasukan SUKMA 2004 Negeri Sembilan dan berjaya memenangi pingat emas.
Pasangan kembar ini memulakan karier profesional mereka bersama Negeri Sembilan pada 2005 ketika berusia 18 tahun. Pada musim itu, mereka membantu Negeri Sembilan muncul sebagai naib juara Liga Premier sekaligus layak ke Liga Super. Bersama Negeri Sembilan, mereka berjaya memenangi Liga Super 2006, Piala Malaysia (2009 & 2011) serta Piala FA pada 2010.
Mereka juga mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa. Kini, selepas 18 tahun, mereka masih lagi bermain diperingkat profesional. Aidil Zafuan kini mewakili Johor Darul Ta’zim dan Zaquan Adha mewakili Negeri Sembilan FC. Apa yang menarik, kedua-dua mereka merupakan Ketua Pasukan bagi pasukan masing-masing. Sumber : Negeri Sembilan FC
- Sentiasa Melihat Pemain Terbaik Yang ‘Available’
- Matthew Davies Tidak Kekok
- Susulan Kejadian Banjir Kilat, Skuad Kilat MBJB Turun Bantu
- JDT Meraikan Orang Kurang Upaya Di Stadium Sultan Ibrahim
- Sanusi Md Nor Sekali Lagi Mencetuskan Suasana ‘Panas’ Arena Bola Sepak
GOL KEMENANGAN FORESTIERI MENENTANG NEGERI SEMBILAN DAPAT PERHATIAN SKY SPORTS
Sky Sports Football, sebuah agensi Bristish telah melaporkan tentang gol kemenangan menakjubkan Fernando Forestieri ketika menentang Negeri Sembilan dalam Liga Super Malaysia. Gol pada masa kecederaan tersebut telah meletakkan JDT kembali ke tangga teratas liga.
British agency Sky Sports Football featured Fernando Forestieri's stunning winner against Negeri Sembilan in Malaysia Super League. The stoppage time strike sent JDT back to the top of the league standings. Luaskan Kuasamu Johor. pic.twitter.com/VN3ndjHQuP
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 14, 2022
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.