fbpx

Para Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim Mula Jalani Latihan

Musim 2020 Liga Malaysia akan membuka tirai. Penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya ternanti-nanti berita terkini, perkembangan serta wajah baharu Harimau Selatan.

Perasaan rindu, tidak sabar, berdebar serta teruja bercampur baur dalam diri masing-masing. Namun dalam masa yang sama, dalam diam juga ianya menarik perhatian seluruh pemerhati, pengkritik dan pesaing JDT yang turut sama menunggu detik tersebut.

SKUAD JDT KEMBALI MENJALANI LATIHAN RUTIN SEMALAM

Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan kembali menjalani latihan rutin selepas cuti Hari Natal dan Tahun Baru. Kesemua pemain bakal melaporkan diri dan akan dipersiapkan bagi menghadapi musim baharu 2020.

Barisan kejurulatihan akan memastikan para pemain berada dalam keadaan yang cukup cergas sebelum terbang ke Dubai bagi menghadapi kempen pra-musim menentang beberapa kelab yang sudah dijadualkan.

Kecergasan dan keserasian pemain amat dititikberatkan bagi memastikan musim 2020 yang baik – termasuk penglibatan dalam Liga Juara-Juara AFC. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Kami rindu aksi jdt..

Kemeriahan makin panas..

Kejayaan kian meningkat..

Apa lagi tunggu.. LUASKAN KUASAMU..

Komen Anda?
Related Post
Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more

Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

JST Keluarkan Pelan Tempat Duduk Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Alhamdulillah… Teruja untuk melihat keindahanya yang bakal menjadi antara mercu tanda terbaru Johor Darul Ta’zim Read more