Para Pemain JDT Naik Kereta Mewah Ke Tempat Latihan

Menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers telah berkongsi video para pemain menaiki beberapa bauh kereta mewah untuk pergi ke padang latihan mereka. Turut serta dalam video tersebut ialah pemilik kelab JDT, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim. Rata-rata netizen menyokong inisiatif TMJ dalam membangunkan kelab bola sepak itu dan memberi ganjaran yang sewajarnya untuk pemainnya.

Naik kereta mewah ke padang latihan

Video pemain-pemain bola sepak JDT sedang menaiki kereta mewah di lobbi hotel telah menarik perhatian ramai. Kelab bola sepak JDT berbeza dari lain yang lain apabila semua pemain menaiki kereta mewah ke padang latihan.

Kelihatan beberapa unit kereta mewah telah tiba di padang latihan. Semua pemain kelihatan seperti pemain bola sepak profesional dari eropah. Netizen turut beranggapan bahawa ini ada satu ganjaran yang diberikan kepada pemain setelah berhempas pulas mempertahankan kejuaraan Liga M buat kali ke-6 berturut-turut.

Semalam Perlawanan menentang FC Riga merupakan perlawanan pertama JDT dalam jelajah pra musim mereka di UAE. Dimana JDT terpaksa Akur dengan kekalahan 0-2. Perlawanan yang berlangsung di The Seven Stadium semalam, JDT menurunkan pemain terbaik seperti Diogo Luis Santo, Safawi Rasid dan Hariss Harun dalam kesebelasan utama sebagai persiapan menjelang Liga Malaysia musim 2020 serta saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 yang akan bermula pada Februari ini.

Luaskan Kuasamu Johor

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?