Pandangan Safee Sali Tentang Perlawanan Harimau Malaya Vs UAE

Safee Sali yang juga merupakan Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) berkongsi pandangan tentang perlawanan Harimau Malaya menentang UAE pagi tadi. Perkara itu dikongsi oleh beliau menerusi akaun Facebook miliknya. SafeeSali_10 Official

Photo by Google

Berdasarkan pengalaman bermain dgn pasukan negara Timur tengah, keputusan seperti ini sudah di jangka.. Memang bukan mudah untuk bermain dgn pak Arab.. Sedikit kealpaan akan di hukum.. Main pula di tempat dan padang mereka.. Boleh saya katakan, kita semua hanya terpedaya dgn skuad dan projek “naturalisasi” yang di buat.. Membuat kan kita semua percaya dan meletakkan harapan yg terlalu tinggi.. Apa2 pun masih ada 2 lagi perlawanan yang sgt penting.. Dan saya tetap yakin, para pemain tempatan kita jika di beri peluang dan kepercayaan, pasukan kita boleh menang dan bermain matian2 untuk nama negara.. Kalau ikut kan hati pemain, esok juga nak main demi membalas kepercayaan dan membuktikan kita bukan lah seperti apa yang peminat fikiran.. Bukan masa untuk angkat bendera putih, masih ada peluang.. Kita, Vietnam dan Thailand tidak jauh berbeza.. Insyaallah kita boleh menang 💪💯🇲🇾🐯🏆

Teringat Gol yg di jaringkan Safee Sali sewaktu menentang Singapura.. Hanya 15 saat diperlukan.

Saksikan gol terpantas yang dijaringkan oleh Safee Sali.

“Admin percaya pemain sudah berikan yang terbaik dan sepenuh komitmen dalam aksi ini, tapi masih tak cukup baik untuk raih keputusan yang positif.

Sekadar Pandangan…
Komen Anda?