Pakcik Lalu Muar Tak!!, Iklan Raya Dari Plus

SETIAP PERJALANAN, PELUANG KESYUKURAN – PLUS MEMPERSEMBAHKAN TAYANGAN ISTIMEWA VIDEO RAYA BERTAJUK “TUMPANG”

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengadakan tayangan video Aidilfitri syarikat ini, “Tumpang” kepada media yang hadir pada Taklimat dan Sidang Media persediaan PLUS menghadapi lonjakan trafik di musim perayaan.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, Ketua Pegawai Operasi, Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pegawai Komersil PLUS, Christine Liew kepada wakil-wakil media di Persada PLUS, hari ini.

“Tumpang menceritakan keprihatinan PLUS terhadap semua pelanggan lebuhraya. Ia adalah tanda keikhlasan PLUS menyediakan perjalanan yang bermakna buat pelanggan. Menerusinya, kami berharap semua dapat merasakan keikhlasan PLUS dalam menjaga pelanggan sepanjang perjalanan mereka di musim perayaan ini,” jelas Azman.

Tumpang mengisahkan tentang dua watak iaitu Pak Man dan Amir di mana kehidupan kedua-duanya sebenarnya saling berkaitan tanpa mereka sedari. Di dalam ini, PLUS mendalami dan meneroka semangat silaturrahim.

“Tanpa mengira batasan umur, latar belakang atau mahupun keturunan, kita diseru untuk saling sayang-menyayangi dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain – sepertimana  nilai yang dibawakan oleh PLUS sejak 3 dekad yang lalu. Adalah menjadi tanggungjawab kepada sesiapa yang mempunyai kemampuan di dalam hidup ini untuk menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukannya. Di PLUS, kami cuba melaksanakan tanggungjawab ini dengan memberikan keselesaan dan kemudahan menerusi infrastuktur dan perkhidmatan lebuhraya kami,” kata beliau.

Menurut Azman, Tumpang boleh ditonton menerusi semua platform media sosial PLUS dan YouTube mulai hari ini.

PLUS Bersedia Menjaga Pelanggan Sepanjang Perjalanan Di Musim Perayaan

Sementara itu, PLUS menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya kendaliannya pada setiap hari puncak di musim perayaan yang akan datang. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 18% berbanding 1.7 juta pada hari-hari biasa.

“Oleh itu, PLUS telah membuat pelbagai persediaan dari segi operasi dan strategi pengagihan trafik dalam usahanya membantu pelanggan bergerak dengan selamat dan selesa di samping menjaga mereka sepanjang perjalanan di musim perayaan yang akan datang,” tambah Azman.

Sepertimana pada setiap musim perayaan, PLUS turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu pelanggan merancang perjalanan Balik Kampung dan Balik Kota masing-masing. Bagi perjalanan Balik Kampung di antara 30 Mei hingga 10 Jun, pelanggan yang bergerak ke destinasi paling jauh dari Lembah Klang seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor disarankan agar memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi.

Manakala, pelanggan yang menghala ke lokasi yang berdekatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pula boleh memasuki lebuhraya selepas jam 10 pagi.

Sementara itu, PLUS turut mengambil pendekatan lain dalam membantu pelanggan menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lancar di musim perayaan ini:-

Dah nasib! Nak balik raya tertinggal bas pulak dekat R&R. Siapa agaknya yang Amir boleh tumpang nak balik raya ni?

Komen Anda?