Padang Stadium Sultan Ibrahim Sudah Hampir Sedia

Stadium Sultan Ibrahim

27 Oct 2020 – Meskipun ia merupakan padang terbaik di negara ini, padang Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim kini sedang menjalani proses pembaharuan besar-besaran untuk mempertingkatkan lagi kualitinya.

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mahukan hanya yang terbaik di JDT dan padang adalah antara penambahbaikan yang dilakukan menjelang musim 2021.

Sebelum
Selepas

PADANG STADIUM SULTAN IBRAHIM SUDAH HAMPIR SEDIA UNTUK KEMPEN 2021

Padang di Stadium Sultan Ibrahim semakin matang selepas menjalani proses pemulihan tanah dan perletakan pasir. Selepas ini, rumput akan melalui proses ‘Verticut’ sebelum siap sepenuhnya menjelang kempen 2021.

Padang tersebut melalui proses penanaman semula sepenuhnya rumput jenis Zeon Zoysia pada penghujung kempen 2020 sebagai sebahagian komitmen Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dalam memastikan hanya fasiliti terbaik tersedia. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?