fbpx

Padah Bersauh Tanpa Kebenaran, APMM Menahan Sebuah Kapal

Padah bersauh tanpa kebenaran

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tanjung Sedili menahan sebuah kapal Bulk Carrier di kedudukan 8.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Penawar di sini semalam.

Mohd Zulfadli berkata, kapal berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran.

“Jika didapati bersalah mereka boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Pada hari yang sama, beliau berkata, APMM Zon Tanjung Sedili turut bertindak menahan sebuah bot kayu yang dipercayai menjalankan kegiatan ‘teksi air’ di perairan Tanjung Penyusop di sini.

“Bot tanpa penumpang ini dikendalikan dua lelaki warga Indonesia berusia 28 dan 34 tahun kira-kira jam 11.30 pagi di kedudukan 3.5 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop.

“Penahanan bot kayu seperti ini sedang giat dijalankan bagi menghadkan bot-bot asing daripada menjalankan sebarang perkhidmatan dalam had pelabuhan,” katanya.

Komen Anda?