fbpx

Operasi Pemantauan PKPB Oleh Pegawai Dan Anggota Trafik IPD Batu Pahat

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berkuatkuasa, bukan sahaja membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula, sebaliknya turut menyaksikan sekatan jalan raya dikurangkan.

Walaupun sekatan jalan raya dikurangkan, ini tidak bermakna Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang enteng terhadap penguatkuasaan PKPB kerana individu yang ingkar terhadap peraturan sepanjang tempoh PKPB, masih boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti PKP sebelum ini.

OPERASI PEMANTAUAN PKPB OLEH BSPTD BATU PAHAT.

Batu Pahat 06 Mei 2020 – Sepasukan Pegawai dan anggota Trafik IPD Batu Pahat telah melaksanakan Operasi Pemantuhan PKPB Covid 19 di sekitar Bandar Batu Pahat.

Orang ramai yang berkunjung di tempat tumpuan seperti Bank, pajak gadai , pasar awam dan pusat beli belah telah dinasihatkan untuk menjaga jarak sosial semasa berada ditempat orang ramai berkumpul.

PDRM Batu Pahat menasihati agar warga Batu Pahat sentiasa menjaga kebersihan diri , memakai mask, kerap mencuci tangan dan mematuhi jarak sosial agar Virus Covid 19 tidak merebak.

Stay at home jika tiada keperluan mendesak.

OPERASI PEMANTAUAN PKPB OLEH BSPTD BATU PAHAT.Batu Pahat 06 Mei 2020 – Sepasukan Pegawai dan anggota Trafik IPD Batu…

Posted by Polis Daerah Batu Pahat on Rabu, 6 Mei 2020

Komen Anda?