fbpx

Nurses: Maafkan Kakak, Mama!

Nurses: Maafkan Kakak, Mama!

” Kenapa tak makan ubat. Dah demam macam ini, macam mana mama nak pergi kerja? . Semalam mama dah EL, satu ward marah tau. Kamu ini tolong jangan susahkan mama boleh?,” teriak Atiqah kepada anak gadis nya yang berumur 11 tahun itu.

” Mama, kakak demam. Tolong mama,” jawab anak nya merayu agar Atiqah mengambil sehari lagi cuti untuk menjaga nya di rumah.

” Kakak, kenapa tak faham dengan kerja mama. Cuti ini bukan hak mama tau dalam keadaan staff tak cukup, pesakit ramai dan kerja ward berlambak. Tolong lah kakak, dah pakai baju sekolah cepat, makan ubat.

Kalau tak larat juga, nanti papa balik kerja malam ambik kakak kat sekolah. Mama balik malam tau, double shift hari ini. Jaga diri kakak elok-elok. Esok mama kerja pagi pula,” pesan Atiqah kepada anak nya sambil menyarung uniform.

Suami Atiqah juga seorang kakitangan hospital, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di jabatan kecemasan yang juga bekerja shift dan tidak menentu jadual kerja nya.

Setelah menghantar anak nya ke sekolah dan meletakkan beg nya di loker wad, tiba-tiba Atiqah terperasan ada sekeping surat di dalam kocek uniform nya.

” Mama, kakak memang tulis surat ini awal-awal kerana kakak pasti mama lebih utamakan kerja dari kakak.

Maafkan kakak kerana tidak makan ubat semalam sebab memang kakak sengaja nak demam. Kakak nak demam supaya kakak dapat habiskan masa lama dengan mama.

Tidur dengan mama sambil peluk mama. Makan mama suapkan, dan dengar mama bercerita macam-macam aktiviti yang kita akan buat bersama apabila kakak baik demam.

Tapi kakak tau, itu semua cerita bohong mama. Mama dan papa sibuk bekerja, jaga anak dan saudara orang lain, sedangkan kakak kena jaga diri sendiri.

Maafkan kakak mama sebab dah susahkan mama dengan demam ini.”

Terduduk Atiqah membaca surat anak nya itu sambil berlinangan air mata. Tidak sangka dengan kesibukan dalam menunaikan tanggungjawab ini, Atiqah telah kehilangan kebahagian sebenarnya iaitu membahagiakan orang yang disayangi.

#fightfornurses

Komen Anda?