Nor Diana Professional Wrestler Berhijab Pertama Dunia Dari Malaysia

Nor Diana adalah Professional Wrestler berhijab pertama didunia dan berasal dari Malaysia…Nama samaran beliau adalah “Phoenix”

Hari ni viral dengan kewujudan ahli gusti wanita muslim bertudung. Mungkin ramai yang kurang mengenali beliau kerana mungkin beliau bukannya Trish Stratus,Lita,mahupun Chyna.

Istimewanya beliau hari ini kerana ahli gusti wanita ini pertama yang bertudung dan juga pertama didunia. Nor ‘Phoenix’ Diana seorang ahli gusti wanita yang baru sahaja memenangi MYPW Wrestlecon Champion mempunyai corak pertarungan seakan-akan Rio Mysterio di WWE. Itu merupakan kelebihan yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh manusia lain.

Atas kecekalan dan sikap yang tidak pernah putus asa,penggusti WWE,Mustafa Ali telah memuji dan berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Nor ‘Phoenix’ Diana di laman instagramnya.

Ini membuktikan yang Malaysia mampu menghasilkan penggusti setaraf dengan kemampuan penggusti diluar negara. Buktinya Diana pernah diberi kesempatan untuk berlawan dengan lagenda penggusti wanita Jepun,Emi Sakura di acara MYPW Redemption pada bulan Mac yang lepas.

Bakat yang ada pada Diana sebenarnya banyak di tanahair kita. Cumanya sokongan kepada sukan gusti di Malaysia masih berskala kecil. Mungkin juga orang ramai tidak menyedari kewujudan badan gusti profesional di negara ini iaitu Malaysia Pro-Wrestling.

Ramai bakat dan ahli gusti yang wujud di Malaysia. Mungkin satu hari nama mereka setaraf dengan John Cena,The Rock,Stone Cold dan Big Show. Mungkin juga selagenda The Undertaker dan Sting mahupun Goldberg. Bagi memastikan itu semua,sokongan dari orang ramai perlu bagi menjadikan sukan gusti sebagai alternatif.

Ayuh berikan sokongan kepada Malaysia Pro-Wrestling agar bakat seperti Nor ‘Phoenix’ Diana ini kian berkembang hingga ke mata dunia.