“Nike” Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya

Harimau Malaya ‘salin kulit’

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya meraih tonik baharu menjelang tugasan penting di peringkat antarabangsa musim depan apabila pengeluar jenama sukan terkenal dunia, Nike Malaysia melancarkan jersi baharu skuad kebangsaan hari ini.

Selepas kali terakhir skuad Harimau Malaya ‘salin kulit’ pada Mei 2018 lalu, pasukan negara bakal tampil lebih bergaya pada Kelayakan Piala dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac selain mengharungi kempen Piala AFF, April nanti.

Mengekalkan warna tradisi kuning dan hitam, rekaan kali ini dilihat lebih ikonik dan moden daripada sebelumnya.

Reka bentuk jersi utama pasukan menampilkan warna kuning sebagai warna yang dominan sambil mempunyai kolar di leher jersi serta kembalinya lengan yang berwarna hitam yang tidak ada pada edisi lalu.

Manakala jersi ‘away’ atau tempat lawan pula direka dengan warna hitam serta belang kuning yang cukup menawan, sekali gus kedua-dua jersi keramat ini akan di sarung oleh pemain-pemain di pentas antarabangsa.

Jersi baharu pasukan kebangsaan itu berharga RM299 dan boleh didapati di premis Nike terpilih serta boleh melayari secara online di Nike.com mulai hari ini.

Datuk Hamidin Terima Jersi Baharu Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjadi individu pertama yang menerima kedua-dua jersi ‘home’ dan jersi ‘away’ Malaysia 2020-2022 daripada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

Photo by FAM

Ia turut disaksikan oleh tiga Naib Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan, Dato’ S. Sivasundaram dan Datuk Haji Rosmadi Ismail; dua Exco FAM, ACP (B) Md Dali Wahid dan Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Photo by FAM

Sesi penyerahan ringkas itu sebagai menggantikan majlis pelancaran yang tidak dapat diadakan secara fizikal seperti biasa memandangkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober 2020 hingga 6 Disember 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.

FAM #HarimauMalaya #NikeMalaysia

Komen Anda?