Ngauman Harimau Selatan

Kekal tenang semua penyokong, sudah tiba masa untuk kita saksikan perlawanan bolasepak sebenar.

Pasukan kesayangan kita akan berkampung di Thailand untuk membawa nama negara ke persada Asia. Itu telah menjadi lumrah.

Ya, ramai yang kecewa dengan aksi pemain kelab kesayangan sebelum ini. Termasuk saya. Tapi harus ingat, bolasepak adalah bukan permainan individu. Kita sebagai manusia juga akan tempuh hari-hari yang celaka. Buat apa semua serba tidak menjadi.

Ingin saya ingatkan, tugas kita sebagai penyokong, pastinya terus menerus menyokong. Memberi kepercayaan, memberi kata-kata positif, itu sangat membantu mental seseorang manusia. Kita selitkan positif supaya keluaran nya juga positif.

Kelab bolasepak JDT akan memulakan kempen liga Juara-juara Asia minggu hadapan. Pasukan kesayangan akan menempuh Nagoya Grampus (Jepun), Ratchaburi FC (Thailand), dan Pohang Steelers (Korea Selatan). Di ingatkan, ini adalah perlawanan juara-juara di peringkat Asia.

Terkadang terfikir, bagaimana jika pemain yang anda rejam ke tanah, dan kemudiannya pemain tersebut mengangkat pasukan kesayangan anda dengan kemenangan? Adakah anda seorang penyokong yang tidak kekal dengan prinsip?

Oh ya, mohon Bergson da Silva boleh pelbagaikan tarian ‘Samba Celebration’ ketika menyumbat gol. Bersama Guilherme de Paula mungkin? 😉

Luaskan kuasamu Johor!

Ikhlas,
FK

Our 2021 AFC Champions League Squad

Komen Anda?