Ng Tze Yong Raih Pingat Perak

Terima kasih Tze Yong atas sumbangan pingat Perak ๐Ÿฅˆ buat Malaysia! Dia sudah buktikan dia mampu memberikan sesuatu buat Malaysia, cuma final ini tidak bernasib baik.

Impian jaguh badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong untuk ditabalkan sebagai juara Sukan Komanwel 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain India, Lakshya Sen dalam aksi final di sini, sebentar tadi.

Tze Yong yang juga juara berpasukan Asia tunduk 21-19, 9-21, 16-21 kepada naib juara Seluruh England itu dalam aksi sengit selama 81 minit di National Exhibition Center (NEC).

Pingat perak untuk Ng Tze Yong! Tahniah yong saya tidak akan berhenti mengatakan betapa bangganya saya kepada anda๐Ÿ˜ญ sampai ke acara terakhir dengan bermain tanpa henti sejak acara berpasukan campuran. Saya sangat bangga dengan awak!! teruskan bersinar permulaan kami yang semakin meningkat dan terima kasih atas perjuangan anda untuk negara. #Birmingham2022

Semalam, Perseorangan lelaki badminton negara, Ng Tze Yong mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas menumpaskan pilihan kedua kejohanan, K.Srikanth.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?