Negeri Sembilan Tewaskan Terengganu FC 2-1

Negeri Sembilan FC menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Yashir Pinto dan Gustavo menyumbang jaringan Negeri Sembilan FC manakala Tchetche Kipre membalas untuk Terengganu FC.

Gol pertama tuan rumah terhasil pada minit ke-17 apabila Yashir Pinto menyudahkan bola lintang hantaran Che Rashid Che Halim.

Jaringan pendahuluan itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila melalui serangan balas pantas, kapten Terengganu Kipre Tchetche menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-19.

17′ & 19′ GOL | Yashir Pinto membuka tirai jaringan untuk tuan rumah namun Tchetche Kipre menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian.

Pada minit ke-37, kawasan gol NSFC diuji sekali lagi menerusi sepakan lintang Faisal Halim, namun Kipre sedikit terlambat untuk menyambar bola berkenaan.

Bersambung babak kedua perlawanan, NSFC yang memperkemaskan semula serangan mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Gustavo Almeida yang menewaskan Muhammad Rahadiazli Rahalim pada minit ke-51.

52′ GOL | Gustavo memanfaatkan kesilapan penjaga gol untuk meletakkan Negeri Sembilan di depan!

Anak buah Nafuzi Zain berusaha mendapatkan gol penyamaan tetapi usaha mereka tidak kesampaian apabila keputusan 2-1 berpihak kepada tuan rumah.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS13

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?