Negeri Sembilan Meraih Kemenangan Tipis Di Tempat Sendiri

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mengutip tiga mata selepas menewaskan Penang FC 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Penang FC mendahului perlawanan apabila berjaya menghasilkan gol pada minit ke-26 dijaringkan Lucas Espindola Da Silva.

27′ GOL | Lucas Silva memecahkan kebuntuan di Paroi dengan gol keempat peribadinya dalam saingan Liga Super!

Pada minit ke-34 NSFC menyamakan kedudukan melalui hantaran bola daripada Saiful Ridzuan Selamat dan dijaringkan oleh Mohamad Zamri Ramli.

35′ GOL | Rembatan Zamri Pin Ramli menewaskan Shafiq Afifi untuk gol penyamaan Negeri Sembilan FC!

Gol kedua NSFC berjaya dihasilkan pada minit ke-58 oleh Matheus Alves Leandro.

59′ GOL | Matheus Alves meletakkan Negeri Sembilan di hadapan dengan gol keempat peribadinya musim ini.

Penang FC menyamakan kedudukan pada minit ke-80 hasil sepakan Saravanan Thirumurugan.

81′ GOL | T. Saravanan menyamakan kedudukan buat Penang FC!

Tidak mengambil masa lama cubaan NSFC untuk menjarakkan kedudukan berjaya apabila Herold Mark Goulon menjaringkan gol ketiga pada minit ke-84.

85′ GOL | Herold Goulon kembali meletakkan Negeri Sembilan di depan!

Perlawanan tamat dengan tambahan masa lima minit. NSFC kekal berada di tangga ketiga Liga Super dengan mata terkumpul 29.

📊 KEDUDUKAN – LS15

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?