Negeri Sembilan Menewaskan Selangor FC

Negeri Sembilan FC (NSFC) menewaskan Selangor FC 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Pemain gantian Sean Eugene Selvaraj muncul wira apabila merembat cantik dari luar petak penalti untuk memberikan gol kemenangan buat Negeri Sembilan pada ke-88 walaupun pada separuh masa pertama mereka ketinggalan 0-2.

Selangor tidak menunggu lama untuk berada di depan selepas Herlison Caion berjaya merampas bola di kaki pertahanan Negeri Sembilan, Herold Goulon sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pada minit kelapan.

8′ GOL | Caion membuka tirai jaringan di Stadium MBPJ!

Gergasi Merah kemudian mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan kontroversi Yazan Al-Arab yang menanduk masuk bola sepakan percuma Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-30.

30′ GOL | Yazan Al-Arab menanduk masuk sepakan percuma Mukhairi Ajmal untuk gol kedua Selangor!

Bersambung babak kedua, Selangor dan Negeri Sembilan lebih mempamerkan corak permainan berhati-hati tanpa ada sebarang percubaan merbahaya selepas 10 minit beraksi.

Negeri Sembilan berjaya merapatkan kedudukan menerusi Gustavo Dos Santos selepas sepakan percumanya pada minit ke-66 menewaskan penjaga gol, Samuel Someville.

67′ GOL | Negeri Sembilan merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma Gustavo yang terus menerjah ke jaring gol Selangor.

Dos Santos terus menceriakan kem Negeri Sembilan dengan gol penyamaan pada minit ke-80 apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee.

80′ GOL | Sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee ditanduk masuk oleh Gustavo untuk gol penyamaan!

Pemain gantian, Sean Selvaraj muncul wira skuad Hobin Jang Hobin apabila meledak gol kemenangan pasukannya menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-88 yang menewaskan Someville buat kali ketiga.

88′ GOL | What a goal! Sean Selvaraj meletakkan Negeri Sembilan FC di depan pada lewat perlawanan!

📊 KEDUDUKAN – LS14

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?