Negeri Sembilan FC Naik Berada Di Kedudukan Kedua Liga

Kedudukan Liga Super 2022 minggu ke-11. 3 mata di laman sendiri membawa Negeri Sembilan FC naik berada di kedudukan kedua liga berkongsi mata bersama Johor Darul Ta’zim.

Negeri Sembilan FC Kedudukan Kedua Liga

Skuad Jang bergaya benam Sri Pahang

Negeri Sembilan FC (NSFC) kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Sri Pahang FC, 3-0, dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Skuad Hobin Jang Hobin yang menurunkan barisan kesebelasan terbaik dengan mempertaruhkan kesemua lima pemain import dilihat tampil dengan persembahan agresif seawal perlawanan.

Minit ketujuh perlawanan, Yashir Pinto hampir meletakkan Negeri Sembilan di depan namun sepakannya dari luar kotak penalti ke penjuru kanan pintu gol pelawat dapat ditepis penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.

Berselang 10 minit kemudian, percubaan penyerang baharu Negeri Sembilan, Gustavo Almeida yang menerima hantaran dari bahagian tengah oleh Yashir, tersasar sedikit ke kiri tiang gol pasukan pelawat.

Bagaimanapun, anak buah K Devan tidak berputus asa untuk meletakkan bola ke dalam gawang Sri Pahang apabila mereka dilihat terus bekerja keras melakukan serangan ke kubu skuad Tok Gajah.

Usaha mereka untuk mendapatkan gol akhirnya menjelma apabila Gustavo mudah menolak masuk bola sepakan bola mati yang diambil Ahmad Khuzaimi Piee dari jarak kira-kira 30 meter, untuk gol pertama Negeri Sembilan pada minit ke-33.

Jaringan itu menyentap kewibawaan pemain Sri Pahang yang cuba menggandakan asakan ke kubu Negeri Sembilan, namun bahagian benteng tuan rumah terutama penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, ternyata dapat mengawal keadaan dengan baik dengan menafikan beberapa percubaan merbahaya dari jentera serangan pelawat terutama menerusi gandingan Andres Steven Rodriguez dengan Manuel Federico Hidalgo.

Negeri Sembilan tidak menunggu lama untuk melebarkan lagi jurang gol apabila giliran Yashir pula meledak gol kedua tuan rumah selepas dua minit perlawanan masa kedua bermula.

Jaringan itu berpunca daripada gerakan satu dua antara pemain terbabit dengan Omid Nazari dan tendangan leret padu dilakukannya dari sebelah kiri pintu gol menerjah jaring.

Berselang lima minit kemudian, Matheus Alves mengukuhkan cengkaman Negeri Sembilan apabila penyerang dari Brazil itu menjaringkan gol ketiga pada minit ke-52 menerusi sepakan ke sebelah kiri yang mengelirukan penjaga gol Sri Pahang.

Kedudukan 3-0 itu kekal sehingga ke wisel penamat untuk Negeri Sembilan merakamkan kemenangan kelima musim ini. Sumber : Harian Metro

Sarawak United berjaya mencuri 3 mata malam ini selepas jaringan minit-minit terakhir perlawanan hasil tandukan Francis Kone! Kemenangan dramatik buat Sarawak United di Stadium Hang Jebat!

📊 KEDUDUKAN – LP10

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?