Nampak Cemas Dan Risau Kejutan Buat Tan Cheng Hoe

Mantap lakonan Safawi dan Sumareh 😂👏🏻👏🏻

Selamat Hari Jadi diucapkan kepada jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Safawi dan Sumareh ‘bergelut’, apa cerita?

KETIKA pasukan negara sedang giat melakukan persiapan bagi mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pastinya hubungan yang baik antara pemain juga diperlukan.

Justeru tidak hairanlah ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, tampak cemas dan risau apabila tercetusnya ‘pergaduhan’ antara dua tonggak negara, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Dalam satu video yang tular di laman sosial, Safawi dan Sumareh saling menolak bahu sebelum ‘bergelut’ sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk menenangkan mereka.

Namun jangan bimbang, pergaduhan itu hanya gimik atau prank buat Cheng Hoe yang menyambut hari lahirnya yang ke 53, hari ini.

Lakonan itu dilihat berjaya mengalihkan perhatian Cheng Hoe ketika kek hari jadi dibawa masuk.

Di YouTube, penyokong bola sepak gembira melihat hubungan akrab antara pemain dan kakitangan pasukan, malah ada juga yang memuji ‘bakat’ lakonan kedua-dua pemain itu.

Skuad negara yang kini berada di Bahrain akan bertemu UAE 3 Jun ini, diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Sumber : Astro Awani

VIDEO: Sumareh & Safawi Buat Kejutan Hari Jadi Coach Tan Cheng Hoe

Berlaku insiden tegang di antara dua pemain sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid ketika pasukan sedang menikmati makan tengah hari pada hari ini. Apa puncanya?

FAM #HarimauMalaya

Komen Anda?