Mora Catat Kemenangan Paling Tinggi Aksi Liga Super

MORA PALING BANYAK CATAT KEMENANGAN

Akhbar Berita Harian melaporkan jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora adalah jurulatih yang paling banyak mencatat kemenangan selepas 10 minggu perlawanan Liga Super musim ini.

Mengikut statistik, Mora berjaya mencatat 83 peratusan kemenangan selepas berjaya memenangi lima daripada enam perlawanan liga setakat ini.

Mora mendahului senarai dengan pencabar terdekat, Datuk Ong Kim Swee (Sabah) kedua dengan 75 peratus manakala pengendali sementara Melaka United, Asri Ninggal ketiga dengan 66 peratus kemenangan. Luaskan Kuasamu Johor.

Mora rekod kemenangan paling tinggi aksi Liga Super

Salah satu indikator untuk membuktikan kehebatan seorang jurulatih selain trofi yang dimenangi adalah menerusi peratus kemenangan dilakar bersama pasukan bimbingannya.

Di petik dari laman Berita Harian, Jadi, BH Sukan cuba mencongak peratus kemenangan oleh 11 jurulatih Liga Super selepas 10 minggu perlawanan dan ini tidak termasuk aksi malam tadi membabitkan Penang FC berdepan Terengganu FC (TFC).

Seorang jurulatih iaitu Zainal Abidin Hassan diketepikan dalam senarai kali ini memandangkan tidak adil untuk jurulatih berusia 60 tahun itu ‘diukur’ selepas baru mengendalikan perlawanan pertama bersama Penang FC pada minggu lalu.

Selepas dihitung, seperti dijangka dua senarai teratas diungguli oleh jurulatih yang turut membawa pasukannya berada di dua kedudukan teratas Liga Super buat masa ini.

Peratus kemenangan tertinggi dalam Liga Super buat masa ini dilakar oleh pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dengan 83 peratus hasil lima kemenangan dalam enam perlawanan – satu-satunya dengan peratus kemenangan melebih 80 peratus.

Jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee pula di tempat kedua apabila enam kemenangan yang dilakar dalam lapan perlawanan membolehkan dia merakam 75 peratus kemenangan pada musim ini.

Pengendali sementara Melaka United FC (MU), Asri Ninggal yang tampak berjaya ‘menghidupkan’ semula skuad Kancil selepas menggantikan Risto Vidakovic melakar 66 peratus dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan.

Jurulatih muda yang membimbing skuad Penyu, Nafuzi Zain mencatat 60 peratus kemenangan dalam lima perlawanan sementara pengendali The Red Giants, Micheal Michael Feichtenbeiner pula mencatat 50 peratus kemenangan.

Dua jurulatih mencatat 44 peratus kemenangan setakat ini iaitu K Devan (Negeri Sembilan) serta Aidil Sharin Sahak (Kedah Darul Aman) sementara pengendali KL City FC, Bojan Hodak yang menang empat daripada 10 perlawanan merakam 40 peratus kemenangan.

Jurulatih PJ City FC yang hanya diperkasa pemain tempatan, P Maniam mencatat peratus kemenangan sebanyak 25 peratus sementara Christophe Gamel (Sri Pahang FC) dan B Satiananthan (Sarawak United) sekadar merakam 22 peratus kemenangan.

Peratus kemenangan ini tidak ‘mati’ di sini memandangkan setiap kemenangan akan melonjakkan lagi peratusannya – jadi kita tunggu peratus kemenangan siapakah paling tinggi selepas Liga Super berakhir nanti. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?