Mohamad Aniq Kasdan Menyumbangkan Pingat Emas Pertama Buat Malaysia

Syabas dan tahniah 👏👏👏 Lagu Negaraku berkumandang di Birmingham….

Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di sini, hari ini.

Mohamad Aniq sumbang pingat emas pertama Malaysia di Birmingham

Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di sini, hari ini.

Di petik dari laman Bernama, Badang negara berusia 20 tahun itu menampilkan aksi bertenaga untuk menjelmakan emas dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Lebih manis, kejayaan mengungguli acara tersebut juga menyaksikan Malaysia meraih pingat pertama pada temasya kali ini.

Pingat perak dimenangi atlet India Sanket Mahadev Sargar dengan angkatan keseluruhan 248kg manakala gangsa menjadi milik Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka dengan melakukan 225kg. Sumber : Bernama

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: