fbpx

Misteri Tali Pinggang Terurai

Sepasang kasut, sepasang stoking, satu tali pinggang yang kepalanya tercabut berterabur kat luar tandas.

Tak jauh dari situ ada sehelai seluar yang bergulung. Nampak sangat dibuang dengan tergesa-gesa.

Aku terus masuk tandas mencari siapa tuan empunya seluar ini. Kelihatan tersengih-sengih seorang murid tahun 1 keluar tandas.

“Seluar awak kat luar tu?”

Kepala dianggukkan malu-malu.

“Kenapa buka kat luar?”

“Saya tak pandai buka seluar kat dalam tandas. Nanti basah. Kat rumah saya buka macam tu.”

“Besi tali pinggang tu dah kenapa tertanggal?”

“Saya nak cepat. Nak buka tak pandai. Saya tarik je, tercabut pula. Cikgu tolong pasang boleh?”

“Boleh.”

Aku pasang kepala tali pinggang semula.

“Sempat tak tadi?”

“Apa cikgu?”

“Sempat sampai ke tandas ke? Ke dah berjejeran kat peha?”

“Sempat la cikgu,” balas dia sedikit marah.

Hahaha. Budak-budak gitu la. Nak tunggu mereka matang dan betul-betul pandai urus diri tu makan masa juga.

Aku dah pesan awal-awal dulu, ajar anak buka seluar, buka tali pinggang dan guna tandas awam macam orang ramai. Bukan guna macam di rumah.

Kalau boleh, tak payah la bagi pakai tali pinggang kat anak tahun 1. Tunggu mereka betul-betul pandai guna tali pinggang baru belikan.

Kang naya je ada dua tiga ketul dalam seluar hanya kerana tak pandai buka tali pinggang. ?

Benda ni real berlaku. Murid yang tak pandai buka tali pinggang dan tak pandai guna tandas awam memang ada.

Jadi, ajar mereka ya!

#MFS

– Misteri tali pinggang terurai –

P/S Nasib baik murid tu tak cakap “cikgu boleh tolong basuh tak? ” Hahaha… Mesti murid tu akan ingat cikgu ni sampai bila-bila. Apapun cikgu MFS memang terbaik . sampai ke tandas pun masih membantu murid. Salute bossku!

Sumber: Mohd Fadhli Salleh

Komen Anda?
Related Post
Tersentuh Hati Kecil Ini Bila Pertama Kali Bersua Mata Dengan Anakanda Khairunnisa

“BILA Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!” Demikian pesanan Read more

Undang Sebak Apabila Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Sekolah

Satu perkongsian oleh seorang guru, Nadwa Nasir, melalui laman facebooknya ternyata mengundang hiba ramai. Di Read more

8 Tips Mendidik Anak Sehingga Begitu ‘Hebat Hasilnya’

Saya tak sanggup senyap-senyap 'Telan ke TOMBOLOK SENDIRI Sahaja....!!! "Saya Yakin Allah Jumpakan Untuk Saya, Read more

Murid Dulu Dengan Murid Sekarang

satu masa dulu ... kita pernah kena lebih teruk dari ini ... jalan itik ... Read more