Minggu Pemotoran Antarabangsa Desaru 2019

MINGGU PERMOTORAN ANTARABANGSA DESARU 2019 ILHAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAKAL CIPTA SEJARAH PERMOTORAN NEGARA

Minggu Permotoran Antarabangsa Desaru (DIBW) 2019 dijadualkan berlangsung pada September akan datang bakal mencipta satu sejarah baharu dalam aktiviti bermotosikal kuasa tinggi di negara ini amnya dan negeri Johor khasnya.

DIBW yang merupakan ilham DYAM Tunku Mahkota Johor Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bukan sahaja akan mempromosikan serta meningkatkan sektor pelancongan negeri Johor, malah berupaya mengeratkan lagi ukhwah antara penunggang.

DYAM Tunku Ismail bertitah, program DIBW yang buat pertama kali dianjurkan, akan berlangsung selama empat hari bermula 13 September ini.

“Program ini bukan sahaja akan melakar satu sejarah dalam aktiviti permotoran negara, malah merupakan satu wadah penting dalam mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan peserta.

“Secara tidak langsung, DIBW juga akan mempromosikan Desaru sebagai antara lokasi pelancongan menarik di Johor kerana kita dapat melihat bagaimana ia (Desaru) kini sedang berkembang pesat dengan dilengkapi pelbagai infrastruktur,” titah Baginda.

#tourismjohor #majesticjohor #visitjohor2020

#DesaruInternationalBikeWeek #promosiDIBW2019

Sumber : Tourism Johor

Follow Official Page : Desaru International Bike Week

Facebook Comments