MFL Umum Tarikh Separuh Akhir Piala FA 2022

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) pada Selasa mengesahkan perlawanan separuh akhir Piala FA akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos ini.

Menurut kenyataan MFL, aksi pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri akan berlangsung pada 5 Ogos manakala Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus pada 6 Ogos.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir itu dijadual bermula 9 malam.

Pada masa sama, MFL memaklumkan perlawanan Liga Super membabitkan TFC dan Selangor FC yang akan menentang lawan masing-masing pada 4 Ogos terpaksa dipinda susulan kemaraan kedua-dua pasukan ke separuh akhir Piala FA.

Berdasarkan tarikh baharu yang ditetapkan, TFC bakal bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 21 Ogos manakala Selangor FC akan menjadi tuan rumah kepada Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari yang sama.

Venue bagi perlawanan akhir Piala FA setakat ini masih belum dimuktamadkan. – Bernama

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan tarikh perlawanan separuh akhir Piala FA akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos 2022.

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat, 5 Ogos 2022 jam 9 malam manakala Terengganu FC pula akan melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu, 6 Ogos 2022 jam 9 malam.

Susulan kejayaan Terengganu FC dan Selangor FC melangkah ke separuh akhir Piala FA, perlawanan Liga Super 2022 melibatkan dua pasukan berkenaan pada 4 Ogos 2022 terpaksa dipinda.

Berdasarkan tarikh baharu yang ditetapkan, Terengganu FC bakal bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur pada 21 Ogos 2022 manakala Selangor FC akan menjadi tuan rumah kepada PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga pada tarikh yang sama.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?