MFL Umum Jadual Rasmi Liga Super Dan Liga Premier

Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan jadual rasmi Liga Malaysia yang bakal membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah menemukan juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada 5 Mac 2021.

Aksi Liga Super bakal kembali pada 5 Mac dengan enam perlawanan, termasuk perlawanan sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC! 🔥

Photo by MFL

⛔️ Peringatan, perlawanan akan dijalankan tanpa penonton.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, beliau berharap kesemua pasukan Liga Malaysia yang terdiri daripada Liga Super dan Liga Super masing-masing dapat memanfaatkan persiapan terbaik selepas jadual rasmi telah diumumkan.

Bagaimanapun, Dato’ Ab Ghani turut berharap pasukan-pasukan terus kekal fokus dan berdisiplin mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh pandemik COVID-19.

Baca lanjut ➡ http://www.malaysianfootballleague.com/articles/mfl-umum-jadual-rasmi-liga-super-dan-liga-premier/

Muat turun jadual Liga Super 2021 ➡ http://www.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2021/02/Jadual-Liga-Super-2021-Kemaskini-19-Februari-2021.pdf

Muat turun jadual Liga Premier 2021 ➡ http://www.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2021/02/Jadual-Liga-Premier-2021-Kemaskini-19-Februari-2021.pdf

Jadual perlawanan pembukaan Liga Premier 2021 yang akan berlangsung pada 6 Mac! ⚽️

Photo by MFL

⛔️ Peringatan, perlawanan akan dijalankan tanpa penonton.

Komen Anda?