MFL Maklum SOP Terkini Kemasukan Penonton Liga Malaysia 2022

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan penonton bagi penerima vaksin primer Sinovac diwajibkan mengambil dos penggalak sebagai syarat utama masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan

MATCHDAY | LIGA SUPER MALAYSIA 2022

Perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2022 menyaksikan JDT akan berhadapan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Sentiasa patuh pada SOP dan jaga sesama kita.

Penerima Sinovac belum ‘booster’ tidak dibenar masuk stadium

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan penonton bagi penerima vaksin primer Sinovac diwajibkan mengambil dos penggalak sebagai syarat utama masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, pihaknya telah dimaklumkan berkenaan pembaharuan prosedur operasi standard (SOP) daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara yang mana penonton yang menjadi penerima vaksin primer Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Menurutnya, selaras dengan SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi yang sedang berkuat kuasa di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, penganjur Liga-M termasuk penonton dikehendaki mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan bagi individu yang telah lengkap vaksinasi seperti ketetapan semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hari ini MFL telah menerima surat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara berhubung maklumat status vaksinasi bagi pegawai, pemain, petugas dan penonton bagi perjalanan Liga Malaysia pada tahun 2022.

“Ingin dimaklumkan bahawa bagi penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

“Ini kerana tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Februari 2022 kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022 di mana status vaksinasi lengkap akan ditukarkan kepada tidak lengkap sekiranya belum mendapatkan dos penggalak.

“Selain itu, penerima lengkap vaksin Pfizer dan AstraZeneca tanpa suntikan dos penggalak yang berusia 60 tahun ke atas dikira status vaksinasi tidak lengkap dan sekiranya mereka masih tidak mengambil suntikan dos penggalak sehingga 31 Mac 2022, mereka tidak dibenarkan turun ke stadium.

“Hanya kanak-kanak umur 13 tahun ke atas dibenarkan hadir ke stadium jika lengkap dua dos vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

SOP kemasukan penonton ke stadium yang dikeluarkan MFL adalah mengikut ketetapan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM iaitu Fasa 4 di mana kuota kemasukan penonton bagi setiap perlawanan adalah 50 peratus daripada kapasiti stadium atau maksimum 20,000.

Berdasarkan ketetapan sebelum ini, hanya penonton yang lengkap vaksinasi serta dos penggalak dibenarkan masuk ke stadium.

MFL juga menggalakkan agar warga dewasa berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit kronik dan individu kontak rapat bergejala dinasihatkan agar tidak hadir ke stadium.

Buat masa ini, selaras peredaran SOP semasa pihak kerajaan, sebarang aktiviti makan minum sepanjang berada di dalam stadium semasa separuh masa pertama atau sepanjang perlawanan adalah tidak dibenarkan. Sumber : Sinar Harian

Selamat Berjuang kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan memulakan aksi pertama liga bertemu Penang FC malam ini.

Kejayaan menjuarai Piala Sumbangsih 2022, perlu diteruskan dengan kemenangan pertama liga, Ayuh kita berikan sokongan penuh buat pasukan.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?