Meskipun Kawasan Rumah Digenangi Air, Sepasang Pengantin Tetap Meneruskan Kenduri Perkahwinan

Ibubapa & pasangan pengantin Izat Samsudin dan Siti Zaleha tetap tersenyum & meneruskan majlis walimatulurus didalam banjir di Kampung Chokro, Simpang Renggam Pada Hari ini..14/12/2019

Kredit gambar FB Ribut senja & Group FB

Kenangan terindah.. dn istimewa untok anda berdua…
Selamat pengantin baru..
Kami doakn Semoga berbahgia dn kekal hingga kejannah.. Aamiin.. ?

Sebuah Nostalgia untuk di ceritakan kepada anak cucu cicit mereka di suatu hari nanti.

Kenduri dalam banjir

MESKIPUN kawasan rumah digenangi air, sepasang pengantin di Kampung Chokro di Simpang Renggam tetap meneruskan kenduri perkahwinan, hari ini.

Pada majlis itu, Izat Samsudin, 28 dan isterinya, Siti Zaleha Satiman, 27, juga tidak dapat menggayakan busana songket kerana hujan.

Bapa pengantin lelaki, Yusuf Jaafar, 52, berkata, air mula naik kira-kira 3 pagi tadi selepas hujan tanpa henti sejak jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ia menyebabkan kawasan memasak nasi dan lauk ditenggelami air.

Berikutan itu, mereka terpaksa memindahkan tempat memasak ke tempat lebih tinggi kerana air naik setinggi kira-kira 0.5 meter sebelum mulai turun sehingga 0.3 meter.

“Melihat keadaan air yang agak deras, kami terpaksa menghubungi pihak andaman untuk memastikan pelamin serta tempat makan beradab dibuka supaya ia tidak dihanyutkan air.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semua jamuan siap dimasak sebelum waktu jamuan bermula jam 11 pagi tadi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Yusuf dan isterinya, Midah Simon, 50, berkata, walaupun gembira majlis berjalan lancar, mereka agak sedih kerana ia tidak boleh sempurna.

Sementara itu, Izat dan Siti Zaleha ketika ditemui berkata, majlis itu bakal menjadi kenangan paling bersejarah buat mereka.

“Kami ingin berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir walaupun tempat makan digenangi air.

“Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga, jiran serta rakan yang banyak membantu pada majlis ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?