Menyahut Cabaran Redah Sungai, Ini Yang Buat DS Najib Razak Memandu Sendiri

Tular rakaman bekas perdana menteri iaitu Dato Seri Najib Razak memandu 4WD melepasi sebuah sungai.

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan memuji kebolehan Dato Seri Najib memandu pacuan 4 roda itu melepasi sebuah aliran sungai yang agak deras.

Sebahagian dari Komen2 Netizen

-Bagus kehidupan DSN sejak tak jadi pemimpin negara. Enjoy buat apa-apa saja – itu dan ini. Mungkin beliau berasa kehidupannya kini lebih berkualiti berbanding sebelum ni. Teruskan, bossku. Apa nak malu.

-Tok jib.. Enjoy lu pat taun ni.. Kasi rehat cari idea.. Tgk isu sebenar rakyat² melata nih.. Kenal dulu mana kawan mana tukang jilat.. Pas ni kerja keras balik. Undo balik semua bnda tak elok.

-Terbaik DSN. Power tu. Quality time. Enjoy your moments. Santai2 je fikirkan masalah negara.

-Menyempat je DSN ni buat troll.. haha. Skrg ni pntang bkak fb, 1st wajib bkk page dato’. Ceria btul. thanks dato’. Walaupn xbleh bkhidmat mcm dulu, dato’ skrg bkhidmat ceriakn kami.

-X rugi datuk seri xjadi PM dh, klu still PM xleh buat cmni

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda dan menyahut cabaran melintasi sungai ketika program Santai Pagi & Aktiviti 4X4 di Teratak Riverview, Tanjung Malim hari ini.

Memang seronok kalau redah sungai pakai 4×4

Najib juga berkata, sebelum datang ke Ipoh, beliau berkunjung ke kawasan rekreasi Teratak Riverview di Tanjung Malim.

“Tempat itu terpaksa kita menggunakan kenderaan 4×4 (pacuan empat roda), jalan memang ‘off track’…ada tempat terpaksa menyeberang sungai, sangat mencabar tetapi sangat menyeronokkan.

“(Ini) satu ‘adventure’ dan pengalaman baru dan saya memandu 4×4 sendiri dan saya nak menyatakan bahawa inilah satu bentuk rekreasi yang sangat memuaskan hati kerana kita dapat mengaspirasikan alam sekitar yang ada di Malaysia ini yang kadang-kadang kita ini terlepas pada tempat yang begini indah, semula jadi di dalam negara kita,”

Video:-

Komen Anda?