Menteri Kanan Pertahanan Membuat Tinjauan Di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia HSA JB

Tengah hari ini KKM menyambut YB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan yang membuat tinjauan di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Hospital Sultanah Aminah (HSA JB). Hospital medan ATM ini merupakan yang ke-6 dibina dengan kerjasama KKM bagi membantu menampung kapasiti hospital dan ICU di KKM di Johor Bahru.

Secara keseluruhan sehingga 11 Jun 2021, kadar penggunaan katil wad di hospital khusus COVID-19 di negeri Johor adalah 92% (1,095/1,186). Bagi penggunaan katil ICU keseluruhan di hospital KKM di negeri johor, kesemua 6 hospital berpakar yang mempunyai ICU telah mempunyai pengisian melebihi 70%.

Hospital Medan ATM di HSA JB ini mempunyai 4 katil ICU dan 60 katil wad untuk pesakit kategori 3 & 4. Ia dijangka bermula 17 Jun 2021. Pengoperasian hospital ini akan membantu meningkatkan kapasiti katil wad COVID-19 dan ICU di negeri Johor khususnya di Johor Bahru.

Terima kasih diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa memberikan bantuan kepada KKM dalam perjuangan kita melawan COVID-19 ini.

Sumber : FB Tan Sri Noor Hisham Abdullah

Komen Anda?