Menteri Besar Johor Ucap Tahniah Atas Kejayaan Skuad Harimau Malaya

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad bola sepak kebangsaan negara selepas berjaya menamatkan penantian selama 42 tahun layak ke Piala Asia.

Menerusi kenyataan di Facebook Beliau Onn Hafiz, Kejayaan itu turut membawa 1001 makna kepada negeri Johor khususnya.

Tahniah saya ucapkan atas kejayaan skuad bola sepak kebangsaan negara selepas berjaya menamatkan penantian selama 42 tahun layak ke Piala Asia.

Kejayaan itu turut membawa 1001 makna kepada negeri Johor khususnya.

Sebanyak 15 pemain dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT) membarisi skuad Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia kali ini.

Saya sangat bersyukur kerana Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meletakkan batu asas kepada pembangunan bola sepak negara ini. Menjunjung Kasih Tuanku.

Tanpa usaha dan sokongan berterusan daripada baginda untuk merevolusikan bola sepak dari pelbagai aspek, saya percaya bola sepak Malaysia tidak akan sampai ke tahap ini dimana penantian empat dekad berakhir.

Tahun ini juga merupakan tahun paling membanggakan buat rakyat negeri Johor apabila JDT berjaya melangkah ke pusingan kedua ke Kejohanan Liga Juara-Juara Asia buat kali pertama dan kini, majoriti pemain JDT adalah mereka yang membawa skuad kebangsaan layak ke Piala Asia.

Saya berdoa agar kejayaan ini bukanlah satu pengakhiran sebaliknya satu permulaan bagi bola sepak Johor terus memahat nama di persada dunia.

#BangsaJohor #MajuJohor

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?