Menteri Besar Johor Rasmi Majlis Pecah Tanah

Sebentar tadi, saya telah merasmikan Majlis Pecah Tanah pembinaan bangunan baharu Pejabat Daerah Kluang, dan Pejabat Tanah Kluang serta Majlis Perbandaran Kluang di Kota Iskandar secara maya.

Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya warga Kluang, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk membina bangunan pejabat yang baharu bagi Pejabat Daerah dan Tanah Kluang serta Majlis Perbandaran Kluang.

Usaha ini merupakan satu penghargaan atas jasa dan sumbangan wargakerja Pejabat Daerah dan Tanah Kluang serta Majlis Perbandaran Kluang kepada rakyat.

Saya berharap bangunan baharu yang lebih kondusif ini mampu menjadi pemangkin semangat bagi semua warga kerja untuk meningkatkan tahap perkhidmatan mereka kepada masyarakat, khususnya di Kluang.

Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan berintegriti.

 31 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?