Menteri Besar Johor Merasmikan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Bandar Putra 2

Merasmikan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Bandar Putra 2, Bandar Putra Kulai tengahari tadi yang telah siap sepenuhnya pada September 2019 dan dibina oleh KPRJ builder Sdn Bhd.

Photo By FB Hasni Mohammad

KULAI, 12 September: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad merasmikan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di pekarangan Sekolah Agama Bandar Putra 2, di sini hari ini.

Sekolah tersebut dibangunkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) menerusi anak syarikatnya KPRJ Builders Sdn. Bhd. 

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Tosrin Jarvanthi; Pegawai Kewangan Negeri Johor, Dato’ A. Rahim Nin dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd. Radzi Mohd. Amin.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Haji Md. Rofiki Dato’ Haji A. Shamsudin dan Pegawai Eksekutif KPRJ, Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman.

SAKJ Bandar Putra 2 yang dibina di kawasan berkeluasan 0.43 hektar turut mempunyai dewan terbuka, perpustakaan, bilik darjah. dewan, kantin, perpustakaan, bilik guru dan pondok menunggu bas.

Terdahulu, YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi KPRJ turut menyerahkan plak sebagai simbolik penyerahan tiga buah SAKJ yang dibina oleh KPRJ kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam di Dewan Raya Putra bandar Putra Kulai, di sini hari ini.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Ibnu Sina (Fasa 5), Sekolah Agama Senai Jaya (Fasa 5) dan Sekolah Agama Bandar Putra 2. – Makmur Johor

Merasmikan Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam di Dewanraya Putra, Bandar Putra, Kulai.

Dalam majlis yang sama turut melancarkan Kitab Kesultanan Islam Johor dan menyerahkan Plak Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor serta penyerahan bantuan kepada masjid-masjid Negeri Johor.

Photo By FB Hasni Mohammad