Menteri Besar Johor Menyempurnakan Pelepasan Misi Penyerahan Makanan

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor menyempurnakan pelepasan Misi Penyerahan dan Pengagihan Bakul Makanan kepada Rakyat Malaysia di Singapura

Alhamdulillah, pagi tadi saya dapat menyempurnakan pelepasan Misi Penyerahan dan Pengagihan Bakul Makanan kepada Rakyat Malaysia di Singapura. Misi ini adalah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021 tempohari.

Fasa pertama sebanyak 300 bakul makanan akan dilakukan dengan segera manakala selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Semoga misi ini dapat meringankan beban dan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan di Singapura.

 29 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?