Menteri Besar Johor Menyampaikan Bantuan Insentif ‘one-off’

Pagi tadi saya telah menyampaikan Bantuan Insentif ‘one-off’ kepada pemandu pelancong, agensi pelancongan dan persatuan pelancongan Negeri Johor, bantuan menerusi Agenda Johor Berkebajikan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021.

Insentif kepada penggiat industri pelancongan itu diberi kerana kerajaan negeri sedar mereka juga turut terkesan akibat pandemik COVID-19 terutama disebabkan penutupan pintu-pintu sempadan.

Hari ini, 840 pemandu pelancong menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM1,000, 120 agensi pelancongan menerima bantuan ‘one-off’ RM2,000 manakala 16 persatuan pelancongan menerima bantuan ‘one-off’ RM20,000.

Justeru, bagi terus merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini terutama untuk menarik pelancong domestik, kerajaan negeri menerusi Tourism Johor turut melancarkan kempen “Yok Round Johor”.

Saya berharap penggiat industri pelancongan di Johor dapat bertahan dan terus menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik serta tawaran baharu yang boleh dikongsi kepada pelancong apabila sektor tersebut kembali pulih daripada COVID-19 kelak.

 61 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?