Menteri Besar Johor Ke 18 Mulakan Tugas Hari Ini

Iskandar Puteri, 1 Mac– Menteri Besar Johor yang baharu, YAB Dato Ir. Hasni Mohammad memulakan tugas rasmi hari ini. Ketibaan beliau di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di Iskandar Puteri di sambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, Pegawai Kewangan Negeri Datuk A. Rahim Nin dan kakitangan kerajaan negeri.

Pada Jumaat lalu, Dato Hasni mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor dihadapan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor bagi menggantikan Dato Dr Sahruddin Jamal selepas gabungan baharu politik dibentuk.

Hasni yang berasal dari Pontian berkelulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti Of Missouri, Rolla Amerika Syarikat Dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut.

Laporan/foto Najib Mohaini | © Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Johor.

MENTERI BESAR JOHOR KE-18 MULAKAN TUGAS HARI INIIskandar Puteri, 1 Mac– Menteri Besar Johor yang baharu, YAB Dato…

Posted by Jabatan Penerangan Negeri Johor on Sabtu, 29 Februari 2020

Menteri Besar Johor ke-18, Datuk Ir. Hasni Mohammad, memulakan tugas secara rasmi di Pejabat Menteri Besar Johor, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, hari ini.

Posted by Darul Ta'zim on Sabtu, 29 Februari 2020